mytutor_mobile

Soalan Lazim

MyTutor akan membayar anda komisen setinggi 4% untuk setiap tempahan kelas klien daripada link promosi affiliate anda. Yang menariknya, anda akan berterusan menerima bayaran komisen bulanan selagi mana mereka masih aktif menempah kelas untuk bulan-bulan seterusnya (maksimum 12 bulan daripada tarikh tempahan pertama). Lagi banyak klien yang anda bawa masuk, dan lagi lama mereka aktif menempah kelas, lagi banyak komisen yang anda akan terima.

Semua orang boleh mendaftar secara percuma sahaja

Untuk Tutor dan Ibu Bapa yang sudah mendaftar akaun di MyTutor.my boleh semak di dashboard atau semak di sini. https://mytutor.my/referrals Untuk yang belum daftar akaun di MyTutor.my , anda boleh daftar disini. https://mytutor.my/register/affiliate

Ianya percuma sahaja!

Ya, anda akan mendapat komisen juga walaupun klien menempah kelas yang tidak anda pernah promosikan. Asalkan mereka klik link promosi affiliate anda sahaja.

Ianya tiada had, bergantung pada usaha gigih dan kreativiti anda mempromosikan MyTutor.my di internet. Semakin banyak jualan yang berjaya anda hasilkan, maka semakin banyaklah komisen serta pendapatan pasif yang akan anda perolehi.

Anda akan menerima komisen selepas kelas selesai. Jika klien menempah kelas untuk sebulan, maka anda akan menerima komisen selepas sebulan itu. Tiada minimum komisen untuk pengeluaran.

Anda boleh semak komisen terkumpul dan juga status aktiviti klien yang berdaftar dan menempah kelas melalui link anda di dalam dashboard Affiliate anda. Klik sini untuk login. https://mytutor.my/referrals

Rujukan kendiri adalah tidak dibenarkan. Objektif program ini adalah untuk memberi ganjaran kepada anda kerana merujuk orang lain dan tidak termasuk termasuk diri sendiri. Perlakuan ini juga tidak bermaksud anda berhak mendapatkan diskaun atau sebarang insentif bagi akaun anda sendiri.

Bagi menyertai program kami, anda hanya perlu mengisi borang pendaftaran affiliate. Kemudian, anda akan diminta untuk membaca dan bersetuju dengan terma dan syarat kami sebelum akaun anda diaktifkan. Anda juga akan menerima e-mel salinan PDF terma dan syarat affiliate secara automatik sekiranya anda membuat permintaan melalui akaun anda yang disediakan sebagai rujukan pada masa akan datang selepas proses persetujuan terma dan syarat ini. Akses kepada group support, pautan affiliate serta panduan teks promosi juga tersedia dalam akaun anda. Kerja-kerja untuk mempromosikan produk boleh dimulakan untuk memperoleh ganjaran kewangan.

Pertama, pelanggan anda akan mendapat kelebihan daripada pelbagai produk unik dan berkualiti tinggi, disertai dengan perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan daripada mytutor.my apabila mereka melanggan servis kami. Kedua, ia bukan sahaja dapat meningkatkan reputasi anda sebagai seorang affiliate yang berdedikasi, tetapi juga memberi anda peluang untuk memperoleh ganjaran wang tunai.

Pada masa kini, Mytutor.my menawarkan komisen asas sebanyak empat peratus (4%) daripada jumlah langganan setiap pelanggan yang anda rujuk ke tapak kami melalui pautan affiliate anda. Perkara yang lebih menarik lagi adalah komisen dapat anda nikmati sehingga tempoh dua belas (12) bulan tertakluk kepada pakej dan /atau tempoh langganan setiap pelanggan.

Bagi melayakkan pembayaran komisen anda, terlebih dahulu anda perlu melengkapkan maklumat perbankan peribadi sekiranya belum dilengkapkan. Anda perlu menebus komisen sebelum pembayaran boleh dilakukan. Pembayaran komisen dilakukan setiap hari pada hari syarikat beroperasi. Waktu pembayaran komisen dilakukan adalah darim 10.30 pagi hingga 3.00 petang sahaja. Pendapatan anda pada hari dan waktu selain dan selepas tempoh tersebut akan dibawa ke hadapan pada hari operasi syarikat seterusnya. Status pembayaran akan bertukar daripada Claim kepada Paid sekiranya pembayaran telah dikreditkan ke akaun anda.

Kami menyediakan pelbagai alat pemasaran, termasuk contoh pautan, iklan, sepanduk, imej butang, pautan teks, salinan e-mel serta cadangan strategi terbaik untuk mempromosikan perkhidmatan kami. Anda juga akan mendapat kelebihan dengan akses kepada sokongan profesional dan tutorial. Sebagai tambahan, Pengurus Affiliate khusus akan disediakan untuk membantu anda meraih kejayaan sebagai affiliate. Anda akan diberikan akses akaun peribadi affiliate yang dilengkapi dengan papan pemuka intuitif atau lebih mudah dipanggil Dashboard Peribadi. Dashboard ini memudahkan anda mengurus dan memantau kempen, melihat komisen dan mengukur prestasi anda. Anda juga dapat menyemak statistik terperinci, menyesuaikan laporan dan menguruskan pembayaran. Kelebihan terbaiknya adalah semua ini disediakan secara percuma apabila anda mendaftar sebagai ahli affiliate. Inisiatif anda untuk mewujudkan impian menjadi seorang affiliate yang berjaya mencerminkan komitmen dan dedikasi anda, langkah penting ini membawa anda lebih dekat dalam menjadikan visi ini suatu realiti.

Ia sangat mudah. Setelah anda mendaftar dan disahkan sebagai ahli affiliate, sila log masuk dan dapatkan akses kepada group support pada Dashboard anda untuk mendapatkan alat pemasaran. Anda boleh mempromosikan mytutor.my pada platform yang berbeza seperti blog, laman sesawang, YouTube, Facebook, Instagram, Pinterest, LinkedIn, e-mel, podcast dan lain-lain. Hanya letakkannya referral link anda di mana-mana dalam talian dan rujuk trafik ke mytutor.my - semudah itu sahaja.

Setiap ahli memiliki kod ID Associate peribadi yang hanya diberikan apabila anda disahkan sebagai ahli affiliate. Pautan setiap ahli associate ke halaman mytutor.my ini telah ditetapkan dengan menggunakan format khas yang merangkumi kod ini. Setiap kali pelanggan mengikuti salah satu pautan tersebut ke tapak kami, URL unik ini memaklumkan kepada kami kod unik tersebut serta maklumat setiap Associate yang menghantar pelanggan kepada kami.

Tidak, ia adalah program percuma, selamat, efektif dan berkesan. Paling penting, program ini tidak melanggari sebarang undang-undang berkaitan.

Selepas anda diterima menyertai program ini, anda perlu log masuk ke akaun Ahli affiliate peribadi untuk melihat hasil jualan, komisen dan lain-lain yang berkaitan.

Sebarang kandungan yang dibenarkan hanyalah menerusi dan dipaparkan untuk anda di halaman pusat Affiliate dan atas keperluan semasa sahaja. Anda juga diingatkan sama sekali dilarang menerbitkan semula apa sahaja kandungan daripada sebarang media sama ada secara elektronik atau bukan elektronik yang tidak hanya tertakluk kepada laman sesawang, portal, bahan bercetak pihak lain di tapak web kami.

Ya, kami mengedarkan produk kami ke seluruh dunia dan kami mengalu-alukan sekutu antarabangsa. Anda dinasihatkan menghubungi Perkhidmatan Pelanggan kami bagi khidmat nasihat untuk prosedur pembayaran komisen kelak.

Ya, anda boleh menjalankan promosi melalui pelbagai tapak web dan sosial media menggunakan referral link anda.

Ya, kami amat mengalu-alukan penyertaaan organisasi sedemikian menyertai program kami.

Tempoh Cookie adalah tiga puluh (30) hari daripada klik pertama prospek. Cookie ini hanya tersimpan pada pelayar (browser) prospek. Dalam situasi ini, jika prospek kemudiannya membuat langganan terkini melalui mana-mana pautan Affiliate, komisen tersebut tetap menjadi milik affiliate pertama sepanjang tempoh ini. Selepas tempoh Cookie tersebut, sekiranya prospek membuat langganan terkini melalui mana-mana pautan Affiliate, maka komisen tersebut adalah milik affiliate terbaru dan hal ini bermakna komisen bagi langganan tersebut dibayar kepada beliau.

Anda boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan kami untuk setiap soalan. Bagi mendapatkan jawapan yang tepat kepada soalan anda dengan pantas, anda disyorkan agar sentiasa memberikan sebanyak mungkin butiran berkaitan secara spesifik setiap kali mengajukan pertanyaan.