mytutor_mobile
Profile Picture

Siti Noor *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Perubatan (management Science University)

Seremban, Negeri Sembilan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Diana. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 10 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Inggeris dan Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 10 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A+ SPM bagi subjek bahasa Melayu dalam 50 sesi kelas setahun merupakan suatu teknik yang telah saya rangka sejak tahun 2019. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5