mytutor_mobile
Profile Picture

Nor Rashidah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Human Resources Management (universiti Tenaga Nasional)

Merlimau, Melaka

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Shida. Saya merupakan salah seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 4 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Subjek membaca (Malay and English), asas Matematik dan iqra merupakan subjek major saya, manakala bagi subjek sekolah rendah seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik merupakan subjek minor saya. Saya berkemahiran dalam mengendalikan pelajar yang lemah pembelajaran menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai murid yang berjaya. Berbekalkan minat yang mendalam di dalam dunia pendidikan menjadikan saya seorang pendidik yang sentiasa bermotivasi untuk memberikan yang terbaik kepada semua pelajar saya. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Anda mahu anak anda cemerlang dan tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Melalui pengalaman saya selama 4 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga menggunakan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Teknik membaca secara fonik merupakan kepakaran saya supaya pelajar cepat membaca mengikut kemampuan mereka. Pelbagai pendekatan saya gunakan seperti penggunaan kad imbas, blok huruf dan latihan yang menarik untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Penilaian & Maklumbalas

Nur Farhana Binti M Alpis : Prasekolah - 3M

okay..

Nur Farhana Binti M Alpis : Prasekolah - 3M

harap lepas ini, setiap habis 4 sesi bagitahu perkembangan anak. jadi kami sebagai parent bole fokus pada kelemahan anak. progress anak agak lambat, masih tidak menguasai membaca buku 2 suku kata lagi.

Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Mengaji - Iqra Tadika
Jawi Tadika
Bahasa Cina Tadika
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Cina untuk SK Darjah 1, Darjah 2
Sains Darjah 2