Pihak ibu bapa bebas menetapkan cadangan kadar yuran mengikut kemampuan dengan kadar minimum
adalah
RM30 per jam dan tiada had maksimum. Bagaimanapun diingatkan bahawa cadangan kadar tersebut
mempengaruhi penerimaan tutor yang bakal melaksanakan kelas tersebut. Jadual cadangan kadar
yuran
semasa boleh dirujuk sebagai pertimbangan penetapan. Kadar Yuran
Pembayaran perlu dibuat selewatnya 12 jam sebelum kelas pertama bermula. Kegagalan ibu bapa
dalam
melakukan pembayaran menyebabkan proses kelas pertama tergendala seperti dijadualkan.
Sistem MyTutor bertindak sebagai perantara dua pihak yang akan memegang bayaran anda sebagai
langkah
keselamatan sekiranya berlaku sebarang isu berbangkit melibatkan tutor.
Ibu bapa boleh mendapatkan semula sepenuhnya bayaran yang telah dibuat jika tutor tidak hadir
pada
kelas pertama seperti yang telah dipersetujui.
Merujuk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Akta 709 Malaysia, pihak syarikat
perlu
mengumpul data dan maklumat peribadi ibu bapa dan tutor (PDPA) sebagai bahan yang mengikat
(bind)
dan juga sebagai langkah keselamatan. Semua maklumat peribadi yang diberikan akan dirahsiakan
dan
hanya diguna pakai oleh pihak syarikat serta tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
berkepentingan. Rujuk maklumat penuh PDPA. (https://www.malaysia.gov.my/portal/content/654)