MyTutor adalah platform perkhidmatan tuisyen yang menghubungkan tutor dan ibu bapa di Malaysia. Sistem
MyTutor
bertindak sebagai perantara dua pihak yang akan memegang bayaran yuran sebagai langkah keselamatan sekiranya
berlaku sebarang isu berbangkit melibatkan tutor.
Tutor boleh menetapkan kadar yuran di profil masing-masing. Kadar yuran minimum adalah RM30 per jam dan
tiada
had maksimum. Kadar yuran akan mempengaruhi penerimaan ibu bapa terhadap tutor. Tutor boleh merujuk jadual
cadangan kadar yuran. (mytutor.my/suggestion_rate.png)
Tutor boleh memeriksa senarai permohonan tersedia dan memohon kelas tersebut. Jika tutor diterima, tutor
boleh
melakukan rundingan dengan ibu bapa berkenaan tarikh dan waktu kelas pertama serta kadar yuran.
Bagi kelas bersemuka, lokasi kelas adalah seperti yang telah ditetapkan oleh ibu bapa. Sebarang perubahan
lokasi
tertakluk kepada perbincangan bersama di antara tutor dan ibu bapa selepas ibu bapa dan tutor mendapat
maklumat
penuh (no telefon bimbit dan alamat).
Bagi kelas secara dalam talian, tutor bebas untuk menggunakan sebarang platform seperti Zoom atau Google Meet
mengikut keselesaan dan kreativiti tutor.
Tutor digalakkan untuk berbincang bersama ibu bapa berkenaan dengan bahan pembelajaran. Bahan pembelajaran
adalah berbeza mengikut tahap pelajar. Tutor juga perlu berbincang dengan ibu bapa berkenaan silibus yang
ingin
digunakan.
Tutor perlu memberikan laporan pembelajaran dan laporan kehadiran terus kepada ibu bapa sebaiknya sejurus
selepas kelas kerana ibu bapa akan mengesahkan kehadiran tutor di dalam sistem. Jika terdapat permasalahan,
tutor perlu berhubung secara terus dengan ibu bapa.
Ibu bapa mempunyai dua pilihan jika tutor gagal untuk menghadirkan diri bagi kelas pertama. Pilihan pertama
adalah ibu bapa menukar tarikh kelas pertama jika terdapat rundingan bersama tutor. Pilihan kedua pula adalah
ibu bapa berhak menamatkan kelas jika ibu bapa tidak berminat untuk meneruskan kelas bersama tutor (atas faktor
komitmen tutor) dan memberikan penilaian serta maklum balas. Penilaian dan maklum balas ini akan dipaparkan di
profil tutor. Bagi kes sebegini, tutor tidak akan menerima bayaran bagi satu sesi tersebut memandangkan pihak
MyTutor terpaksa memulangkan semula 100% yuran telah dibayar kepada ibu bapa.
Jika tutor gagal melengkapkan kelas seperti yang telah dijadualkan dalam masa 4 minggu, sistem akan meminta
pengesahan semula daripada ibu bapa pada minggu seterusnya. Pembayaran gaji tutor hanya akan dibuat selepas
sistem menerima pengesahan daripada ibu bapa bahawa tutor telah melengkapkan kelas seperti yang telah
dipersetujui.
Bagi kelas jangka panjang, MyTutor hanya mengenakan caj sekali sahaja iaitu sejumlah 55% daripada jumlah yuran
pertama. Selepas ibu bapa membuat pengesahan kehadiran tutor di dalam sistem, MyTutor akan membayar bahagian
tutor iaitu sejumlah 45% daripada yuran tersebut. Proses pembayaran tersebut mengambil masa 5 hari bekerja. Bagi
segala urusan termasuk pembayaran yuran pada bulan seterusnya hendaklah diuruskan oleh tutor bersama ibu bapa ,
bermaksud yuran yang ibu bapa bayar untuk kali kedua sehingga bila-bila adalah 100% milik tutor.
Tutor perlu melampirkan salinan kad pengenalan berpalang. Merujuk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi
2010
(PDPA) Akta 709 Malaysia, pihak syarikat perlu mengumpul data dan maklumat peribadi ibu bapa dan tutor
(PDPA)
sebagai bahan yang mengikat (bind) dan juga sebagai langkah keselamatan. Semua maklumat peribadi yang
diberikan
akan dirahsiakan dan hanya diguna pakai oleh pihak syarikat serta tidak akan didedahkan kepada mana-mana
pihak
berkepentingan. Rujuk maklumat penuh PDPA. (https://www.malaysia.gov.my/portal/content/654)