Visi kami adalah untuk memastikan MyTutor.my terus unggul sebagai platform tuisyen peribadi di rumah dan dalam talian yang terbesar di Malaysia, dengan matlamat memperkasakan 1 juta rakyat melalui teknologi pendidikan.
Kami komite membina komuniti yang holistik dan sistem pembelajaran yang mesra pengguna, serta menyediakan tuisyen yang berkesan dan berimpak tinggi berpandukan laluan kerjaya yang jelas. Semestinya usaha ini disokong oleh kekuatan tutor yang terlatih dan berdedikasi di MyTutor.
Fokus Sampai Pandai
Di MyTutor, kami dalam usaha untuk memperkasa 1 juta pelajar melalui pendidikan. Dengan fokus untuk menjadikan pembelajaran mudah diakses dan penuh impak, kami menjalankan program-program yang membentuk komuniti holistik di mana setiap pelajar mendapat peluang yang sama untuk berjaya. Pendidikan adalah asas kepada perubahan, dan kami berada di barisan hadapan untuk mewujudkannya.
Program ini bertujuan untuk membuka minda pelajar tentang pelbagai pilihan kerjaya yang tersedia selepas tamat pengajian. Kami berkongsi maklumat mengenai industri dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif.
Sesi ini memberi peluang kepada pelajar Fakulti Pendidikan untuk mendalami ilmu pengajaran dan memahami peranan mereka sebagai pendidik masa depan. Kami berkongsi pengalaman praktikal dan teknik pengajaran yang berkesan.
Dalam seminar ini, kami membantu pelajar mengenali potensi diri dan kerjaya yang sesuai dengan minat dan bakat mereka. Kami juga menyediakan panduan mengenai laluan pendidikan dan perkembangan kerjaya.
Bekerjasama dengan Maahad Tahfiz, kami menyediakan kelas tambahan untuk membantu pelajar mengimbangi pendidikan agama dengan akademik. Ini memberi mereka peluang untuk cemerlang dalam kedua-dua aspek.
Bekerjasama dengan Maahad Tahfiz, kami menyediakan kelas tambahan untuk membantu pelajar mengimbangi pendidikan agama dengan akademik. Ini memberi mereka peluang untuk cemerlang dalam kedua-dua aspek.
Kami komited untuk memberikan akses pendidikan kepada semua pelajar, termasuk mereka yang kurang bernasib baik. Kelas-kelas ini bertujuan untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun berdepan dengan cabaran.
Kami membantu pelajar membuat persediaan menghadapi Peperiksaan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dengan memberikan panduan belajar yang berstruktur serta teknik menjawab soalan yang berkesan untuk meningkatkan prestasi mereka.
Seminar ini bertujuan untuk mempersiapkan pelajar vokasional dengan kemahiran yang diperlukan dalam dunia kerja. Kami juga berkongsi bagaimana pendidikan teknikal dan vokasional boleh membuka laluan kerjaya yang stabil dan berjaya.
Adakah anda atau organisasi anda berminat untuk membawa perubahan melalui pendidikan? Sama ada melalui program tuisyen atau seminar kerjaya, kami ingin membantu. Hubungi kami untuk memulakan kolaborasi bermakna ini.
Whatsapp Kami