Soalan Lazim

Pihak ibu bapa bebas menetapkan cadangan kadar yuran mengikut kemampuan dengan kadar minimum adalah RM30 per jam dan tiada had maksimum.
Bagaimanapun diingatkan bahawa cadangan kadar tersebut mempengaruhi penerimaan tutor yang bakal melaksanakan kelas tersebut.
Jadual cadangan kadar yuran semasa boleh dirujuk sebagai pertimbangan penetapan. (Klik sini untuk melihat jadual cadangan kadar yuran)

Sistem MyTutor bertindak sebagai perantara dua pihak yang akan memegang bayaran anda sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku sebarang isu berbangkit melibatkan tutor.

Pembayaran perlu dibuat dengan kadar segera sebaik sahaja ibu bapa dan tutor telah bersetuju dengan kelas. Selepas bayaran dibuat, tutor akan menerima maklumat pelajar dan bersedia untuk kelas termasuklah penyusunan jadual mengajar. MyTutor hanya menerima pembayaran selewat-lewatnya 12 jam sebelum kelas bermula. Kegagalan ibu bapa dalam melakukan pembayaran menyebabkan proses kelas tergendala seperti dijadualkan.

Bagi kelas yang baru, jika tutor tidak hadir pada kelas pertama seperti yang telah dipersetujui, ibu bapa boleh memilih untuk memasukkan tarikh baru kelas selepas ibu bapa berunding dengan tutor. Ibu bapa juga diberikan pilihan untuk membatalkan kelas dan yuran akan dipulangkan sepenuhnya.

Merujuk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Akta 709 Malaysia, pihak syarikat perlu mengumpul data dan maklumat peribadi ibu bapa dan tutor (PDPA) sebagai bahan yang mengikat (bind) dan juga sebagai langkah keselamatan. Semua maklumat peribadi yang diberikan akan dirahsiakan dan hanya diguna pakai oleh pihak syarikat serta tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak berkepentingan. Rujuk maklumat penuh PDPA. (https://www.malaysia.gov.my/portal/content/654)

Ibu bapa boleh meminta terus laporan pembelajaran dan laporan kehadiran daripada tutor.

Jika tiada respons daripada ibu bapa dalam tempoh 24 jam, sistem akan menganggap tutor telah hadir kelas seperti yang dirancang. Jika terdapat permasalahan, ibu bapa perlu berhubung secara terus kepada tutor.

Ibu bapa diminta untuk mengesahkan kehadiran penuh tutor mengikut jumlah jam kelas berdasarkan yuran yang telah ibu bapa bayar. Jika tiada respons daripada ibu bapa dalam tempoh 5 hari dari selepas tutor mengesahkan bahawa tutor telah melengkapkan kelas, sistem secara automatik akan menganggap tutor telah melengkapkan kelas mengikut jumlah jam kelas berdasarkan yuran yang telah dibayar dan elaun penuh boleh ditebus oleh tutor.

Jika ibu bapa ingin meneruskan kelas bersama tutor, segala urusan termasuk pembayaran diuruskan di dalam sistem MyTutor sahaja.

Tutor dan ibu bapa akan mendapat maklumat lengkap seperti no fon tutor, no fon ibu bapa serta alamat selepas ibu bapa membayar yuran dan memuat naik salinan kad pengenalan berpalang (bagi ibu bapa yang pertama kali mengggunakan platform MyTutor.my). Selepas maklumat tersebut dipaparkan di dalam sistem MyTutor.my, ibu bapa dan tutor boleh berhubung terus menggunakan whatsapp.
© 2023 MyTutor Academy Sdn Bhd. Made with ❤️ from Malaysia