mytutor_mobile

Soalan Lazim

Merujuk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Akta 709 Malaysia, pihak syarikat perlu mengumpul data dan maklumat peribadi ibu bapa dan tutor (PDPA) sebagai bahan yang mengikat (bind) dan juga sebagai langkah keselamatan. Semua maklumat peribadi yang diberikan akan dirahsiakan dan hanya diguna pakai oleh pihak syarikat serta tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak berkepentingan. Rujuk maklumat penuh PDPA. (https://www.malaysia.gov.my/portal/content/654) Kesimpulannya, salinan kad pengenalan disimpan atas suruhan kerajaan.

Komisen berbeza bagi setiap kelas tuisyen. Komisen ini ditetapkan oleh ibu bapa yang telah memilih pakej yang disediakan. Maklumat berkenaan komisen tutor dipapar pada setiap permohonan kelas dan komisen tersebut 100% milik tutor. Tutor diminta memeriksa semua maklumat berkenaan kelas termasuklah jumlah komisen yang bakal diterima.

Tutor boleh memilih kelas sama ada secara dalam talian mahupun bersemuka. Jika tutor ingin memohon kelas yang tersedia, tutor boleh memeriksa jenis kelas yang ditetapkan oleh ibu bapa.

Kelas boleh berlangsung pada hari minggu dan hari bekerja bergantung kepada permintaan ibu bapa. Tutor juga boleh memberikan mengemaskini profil bagi bahagian hari dan masa mengikut kekosongan jadual Tutor.

Ibu bapa boleh melakukan rundingan semula tarikh kelas pertama atau terus menamatkan kelas tersebut serta memberikan penilaian dan maklum balas. Penilaian dan maklum balas ini akan dipaparkan di profil tutor. Tutor juga akan dikenakan demerit dan tidak boleh memohon kelas baharu selama satu (1) bulan.

Lokasi kelas adalah seperti yang telah ditetapkan oleh ibu bapa. Sebarang perubahan lokasi tertakluk kepada perbincangan bersama di antara tutor dan ibu bapa.

Tutor bebas untuk menggunakan sebarang platform seperti ZOOM atau GOOGLE MEET mengikut keselesaan dan kreativiti tutor.

Tutor digalakkan untuk berbincang bersama ibu bapa berkenaan dengan bahan pembelajaran. Bahan pembelajaran adalah berbeza mengikut tahap pelajar.

Tutor perlu berbincang dengan ibu bapa berkenaan silibus yang ingin digunakan.

Selepas selesai sesi, tutor perlu memuatnaik swafoto dan pembelajaran sesi tersebut kedalam MyTrack. Pelanggan akan menerima laporan tersebut sebagai bukti kehadiran dan laporan pembelajaran.

Tutor boleh menebus komisen mengajar di dalam sistem selepas selesai kesemua sesi kelas dalam sebulan dan lengkap mengisi MyTrack di dalam sistem. Komisen tutor adalah sebanyak 70% daripada yuran. Proses pembayaran tersebut mengambil masa maksimum 5 hari bekerja.

Tutor dan ibu bapa akan mendapat maklumat lengkap seperti no telefon tutor, no telefon ibu bapa serta alamat selepas ibu bapa membayar yuran dan memuat naik salinan kad pengenalan berpalang (bagi ibu bapa yang pertama kali mengggunakan platform MyTutor.my). Selepas maklumat tersebut dipaparkan di dalam sistem MyTutor.my, ibu bapa dan tutor boleh berhubung terus menggunakan whatsapp.

Tidak, tutor tidak boleh membatalkan kelas selepas ibu bapa membuat bayaran. Anda hanya boleh membatalkan permohonan sebelum ibu bapa membuat pembayaran kelas. Namun, jika anda membatalkan kelas setelah ibu bapa membuat bayaran, akaun anda akan dipadam dan anda tidak dibenarkan mengajar di bawah platform MyTutor.my.

Kelas dibatalkan serta-merta dan tutor tidak akan menerima elaun bagi kelas tersebut.

Tidak, tutor tidak boleh mengambil pelanggan di bawah pengurusan plaform MyTutor.my. Sekiranya didapati anda mengambil pelanggan dan membuat perjanjian dibelakang akaun anda akan dipadam dan anda tidak dibenarkan mengajar di bawah platform MyTutor.my.

Tidak ada sebarang tempoh ikatan. Namun sebagai pendidik yang berkaliber, tutor disarankan untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap anak didik tutor itu sendiri.

Di MyTutor, kami mencari tutor yang mampu memberikan komitmen serta bertanggungjawab terhadap anak murid mereka. Tutor yang berdedikasi yang ingin membantu melihat anak bangsa lebih cemerlang di dalam pelajaran mereka!

Pemilihan tutor dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri. Kebiasaannya, keputusan akan dipaparkan dalam tempoh satu hingga lima hari bekerja.

Ya, tutor dibenarkan untuk melakukan permohonan lebih daripada satu kelas. Suka kami ingatkan bahawa tutor perlulah cakna dengan masa serta hari bagi kelas yang di pohon untuk mengelakkan pertindihan jadual.

Jika tutor mempunyai masalah berkaitan pelajar, tutor boleh merujuk atau bertanyakan soalan di dalam group Telegram yang tersedia. Tutor juga boleh dapatkan bantuan profesional dari trainer yang menjalankan training secara live setiap minggu. Bagi isu lain, tutor boleh klik butang WhatsApp di bawah yang bakal disambungkan kepada bahagian tutor.

Jangan risau, kami di MyTutor menyediakan pelbagai latihan secara percuma yang dijalankan setiap minggu. Training bimbingan ini sepastinya dapat membantu anda untuk menjadi lebih yakin untuk ke kelas pertama! Klik link di bawah sekarang untuk mendaftar. Link zoom akan diberikan pada hari rabu kepada yang mendaftar sahaja. https://forms.clickup.com/3763040/f/3juv0-7196/LPRWCN0LTQB0FLGR49

Tidak. Kos petrol serta tol telah di kira di dalam bayaran tutor, Tutor hanya boleh klaim bahan belajar pada ibu bapa secara terus dengan memberikan resit sebagai bukti.

Tidak. Tutor bebas untuk memilih menjadi tutor secara Part-Time mahupun Full-Time.

Pastikan profil anda menarik, Perkenalkan diri anda. Tonjolkan keikhlas niat untuk mengajar pada bahaigan tentang saya. Pastikan gambar tutor jelas serta kelihatan profesional.

Surat tawaran belajar dan juga bukti pengesahan belajar tidak menunjukkan serta membuktikan yang anda telah menerima ijazah, diploma & sebagainya, Kami hanya menerima trankrip penuh atau sebarang bukti yang menunjukkan anda telah tamat belajar. Jika anda masih belajar, sila kemaskini profil dan memilih 'Sedang belajar'.

Sila pastikan anda tidak meniru secara bulat mengikut profil yang disediakan. Pastikan dokumen yang dimuatnaik adalah jelas serta selari dengan maklumat yang diberikan. Pastikan tiada kesalahan ejaan ataupun bahasa.

Lencana tutor diberikan kepada tutor yang menghadiri seminar/training sahaja.

Profil tutor akan diluluskan dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja.

Tidak, Tutor boleh memilih subjek yang hendak di ajar mengikut kepada kepakaran masing-masing.

Tutor perlulah melengkapkan jumlah sesi yang ditetapkan sebelum menarik diri daripada "Tuition Job" tersebut. Jika penarikan diri berlaku sebelum sesi dilengkapkan, elaun anda bagi 'Tuition Job' tersebut akan disekat.