Profile Picture

Nurul Amalina *******

(Online)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Psikologi

University of Sheffield (Graduated)

Bandar Baru Bangi, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang yang sangat berminat dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa, terutamanya Bahasa Inggeris. Saya mula mendalami Bahasa Inggeris atas inisiatif sendiri sejak sekolah rendah melalui aktiviti masa lapang seperti membaca novel, menonton televisyen, mendengar lagu dan siaran radio, serta hobi kegemaran saya sewaktu sekolah menengah iaitu menulis diari, blog, puisi, luahan hati, pendapat berkenaan isu semasa, dan sebagainya. Dengan bantuan pelajaran formal di sekolah, saya dapat meneruskan pembelajaran kendiri dengan cara ini di rumah.

Saya berpeluang memantapkan kemahiran bercakap dalam Bahasa Inggeris ketika saya menuntut kursus A-Level, dan seterusnya ketika saya meneruskan pelajaran di United Kingdom dalam Sarjana Muda Psikologi. Pengalaman hidup di negara yang asing bahasanya, buat saya sedar bahawa kemahiran membaca, memahami, menulis dan bercakap dalam Bahasa Inggeris semuanya adalah berbeza, namun saling melengkapi dan diperlukan.

Saya berharap dapat membantu lebih ramai lagi anak-anak dan golongan muda untuk menguasai Bahasa Inggeris, dengan adaptasi dan aplikasi cara yang sama.

Teaching Method(s)
Saya akan sesuaikan teknik pengajaran bahasa berdasarkan tahap kemahiran sedia ada anak didik dan perkembangan yang diperlukan, oleh itu penting untuk anak didik atau ibu bapa menyatakan objektif dan jangkaan terutama pada awal sesi. Kaedah yang akan diguna pakai juga mengambil kira minat anak murid supaya proses pembelajaran berlaku dengan lebih mudah dan secara semula jadi.

Saya mengutamakan kemahiran menulis, dan keyakinan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, sesi bersama saya akan melibatkan percakapan dalam bahasa berkenaan secara santai di samping latihan penulisan rasmi dan tidak rasmi. Anak didik akan turut dilatih untuk mengenal pasti corak penggunaan bahasa dalam kehidupan seharian, dan diterapkan dengan amalan dan pembudayaan tersebut.

Saya percaya proses pembelajaran paling efektif apabila seseorang itu berasa terbuka untuk belajar, jadi saya suka menggalakkan anak didik untuk bebas memilih bahan pengajaran seperti bahan bacaan, lagu dan hiburan yang sesuai, serta lain-lain yang dipersetujui bersama. Semoga bermanfaat.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Cambridge CBSE - Tahun 6, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Tingkatan 1, Dewasa