Saya merupakan seorang graduan baharu pendidikan sains (fizik) dan mempunyai pengalaman mengajar sains di sekolah. Dedikasi dan perhatian akan dicurahkan sepenuhnya kepada pelajar untuk mencapai matlamat pengajaran. Pengalaman dan ilmu yang dipelajari sebagai graduan pendidikan akan diterapkan didalam PdP serta sebagai tutor saya mengalu-alukan pelajar untuk menyatakan pendapat mereka cara yang effektif bagi mereka untuk mudah faham.
Teaching Method(s)
Teknik yang bakal saya guna pakai adalah bermula dengan ‘recap’ sesuatu topik demi mengenalpasti tahap kefahaman pelajar. Kemudian, akan diikuti dengan set induksi bagi membantu pelajar mengembangkan pengetahuan mereka dalam sesuatu topik. Pelajar akan diterangkan isi topik dengan cara yang mudah dan ringkas didalam bentuk Audio Visual Aids (AVA). Teknik pengukuhan akan diberikan dan kesimpulan topik bagi mencapai objektif pembelajaran.