Saya Cikgu Arif. Saya merupakan seorang siswa dari Institut Pendidikan Guru opsyen matematik dan minor sains. Saya komited dalam membantu anak didik saya untuk menguasai pembelajaran serta mengalami perkembangan dan kemajuan bagi memperolehi keputusan yang cemerlang. Saya yakin setiap murid mempunyai potensi yang unik yang boleh diperkembangkan melalui bimbingan yang tepat. Dengan pendekatan yang sabar dan penuh pengertian, saya bertujuan untuk membantu setiap murid saya tidak hanya memahami konsep, tetapi juga mengembangkan kemahiran berfikiran kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran dan masalah.
Teaching Method(s)
Saya akan mengaplikasikan teknik pengajaran yang dipelajari ketika menuntut di IPG. Teknik yang digunakan dipilih bersesuaian dengan objektif pelajaran dan juga kebolehan pelajar. Sebagai contoh, saya akan mengaplikasikan pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran masteri yang dapat menggalakkan murid terlibat aktif serta tidak stress dalam proses pembelajaran.