Profile Picture

Maryam Nabilah *******

(Physical & Online)

Sarjana(master) - Sastera Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Kuala Terengganu, Terengganu

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya berkembang dengan suasana sosial yang memerlukan saya untuk kekal optimistik dan bekerja keras. Kegiatan saya sama ada secara profesional atau sebaliknya membentuk saya menjadi seseorang yang bertanggungjawab. Saya juga amat berminat untuk berkecimpung dalam dunia pengajaran kerana saya merupakan insan yang suka mencari ilmu serta menyampaikan ilmu. Sepanjang saya mendaki tangga ilmu, saya sudah menerbitkan 2 artikel ilmiah dan 2 buah buku untuk dikongsi bersama tatapan umum sebagai rujukan.

Saya juga sangat ramah dan mudah dibawa berbincang. Komunikasi saya juga boleh dikatakan bagus kerana berpengalaman menjadi Wakil Pelajar suatu ketika dahulu. Hal ini akan membantu komunikasi yang baik antara saya dan murid serta rakan sekerja. Pergaulan saya dengan pelbagai peringkat umur juga membolehkan saya untuk senang beradaptasi bersama anak murid dan suasana semasa belajar.

Meskipun tiada pengalaman/pengajian khusus dalam mendidik, namun usaha keras dan tekad dalam menceburi bidang ini pasti akan mendatangkan hasil yang baik.

Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya ketengahkan lebih kepada komunikasi guru-murid. Kaedah ini memerlukan saya dan anak didik untuk berkongsi pendapat dan berinteraksi dengan baik. Hal ini bagi memastikan sesi pengajaran tidak berlaku secara satu hala sahaja. Komunikasi guru-murid (dua hala) ini dapat memastikan bahawa anak murid benar-benar memahami topik yang dipelajari dalam sesi tersebut.

Selain itu, saya juga suka untuk menggunakan bahan bantuan mengajar yang menarik supaya anak didik lebih mudah faham dan fokus. Bahan ini disesuaikan mengikut umur anak didik dan kesesuaian dengan topik pengajaran.

Saya turut menggunakan kaedah pengajaran santai tapi bermanfaat supaya anak-anak murid tidak terlalu stres dan bosan semasa menerima ilmu. Waktu rehat perlu diberi dengan karat sesuai supaya anak murid dapat kembali mengumpul tenaga untuk menerima ilmu yang lain. Pengajaran secara berterusan akan membuatkan anak didik kehilangan fokus.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa, Tadika, STPM - Tingkatan 6
Membaca B. Melayu Tadika
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6