Hai saya Siti Hasanah merupakan seorang alumni dari Politeknik di dalam bidang kejuruteraan. Minat saya terhadap pendidikan amat mendalam sejak dahulu lagi dan dipengaruhi oleh ahli keluarga yang mempunyai latar belakang seorang guru. Saya percaya dengan keinginan yang tinggi untuk menjadi seorang pendidik dapat memberi impak yang positif kepada pelajar dan dapat membantu pelajar dalam menguasai subjek yang lemah. Saya komited bagi memastikan pelajar sentiasa bermotivasi dan berkeyakinan tinggi dalam usaha mencapai kecemerlangan.
Teaching Method(s)
Teknik yang akan saya guna pakai sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan adalah dengan;
1) Teknik Latih Tubi - Ini adalah untuk memastikan setelah pembelajaran tamat, para pelajar dapat menguasai dan kecekapan terhadap subjek atau silibus yang diajar.
2) Teknik Kuiz - Dapat membantu pelajar memahami, mengukuhkan dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik tertentu.