Profile Picture

Khairina Ashiqin

Degree (Education Faculty) - Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua

Universiti Selangor (Bestari Jaya) (Ongoing Study)

Ampang, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya mudah disapa dengan gelaran Teacher Khai. Saya merupakan graduan dalam bidang TESL (Teaching English as a Second Language) atau Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua daripada Universiti Selangor, dan merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman dalam membimbing pelajar untuk meningkatkan penguasaan bahasa serta keyakinan diri dalam menggunakan Bahasa Inggeris.

Sebagai seorang guru Bahasa Inggeris, saya percaya bahawa pembelajaran bahasa perlu dijalankan dalam suasana yang menyeronokkan, selesa dan bersesuaian dengan tahap serta keperluan setiap pelajar. Saya komited untuk membantu pelajar memperbaiki kelemahan mereka, mengembangkan kemahiran bahasa dan membina keyakinan diri dalam komunikasi.

Sepanjang pengalaman mengajar, saya telah melihat perubahan positif dalam diri pelajar yang pada awalnya kurang yakin atau malu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris, namun akhirnya menjadi lebih berani, aktif dan bersemangat untuk menggunakan bahasa tersebut.
Teaching Method(s)
Terdapat beberapa teknik pengajaran yang saya terapkan dalam sesi pembelajaran Bahasa Inggeris. Antaranya adalah seperti berikut:

* Pengajaran dijalankan secara santai dan interaktif bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan tidak membosankan.
* Pendekatan berpusatkan murid (*student-centred*), di mana murid digalakkan untuk terlibat secara aktif dan tidak hanya bergantung kepada pembacaan atau penulisan semata-mata.
* Teknik permainan bahasa (*language games*) yang menggabungkan unsur permainan dalam pembelajaran bagi menjadikan sesi lebih menarik dan mengurangkan pendekatan tradisional yang membosankan.
* Teknik main peranan (*role-play*) yang membantu murid membiasakan diri untuk bertutur serta memahami situasi komunikasi sebenar.
* Teknik simulasi yang melibatkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi membolehkan murid menyelesaikan tugasan secara lebih kritis dan kreatif.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Inggeris
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Darjah 2 Darjah 3
Geografi
Tingkatan 1 Tingkatan 2