Profile Picture

Nurul Hanani *******

(Online)

Sarjana Muda - Sains Geoinformatik

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Graduated)

Kepong, WP Kuala Lumpur

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya adalah seorang pengajar yang sangat mendambakan kejayaan anak murid saya. Saya suka mengajar dan percaya bahawa pembelajaran harus menyeronokkan dan menarik supaya murid saya lebih berminat untuk belajar.Di dalam kelas saya, saya mahu murid berasa selesa dan yakin untuk bertanya soalan dan berkongsi idea. Saya tahu setiap orang belajar dengan cara yang berbeza, dan saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu setiap daripada mereka dengan cara yang paling sesuai. Saya di sini adalah untuk menyokong dan memastikan mereka menikmati pembelajaran. Saya akan melakukan banyak aktiviti dan projek menarik yang akan menjadikan pembelajaran ini lebih menarik dan proaktif.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang akan digunakan adalah melalui pemahaman yang mendalam mengenai sesuatu isu dengan memberi gambaran sebenar sesuai dengan situasi semasa. Selain itu, saya akan mengenali pelajar melalui analisis terhadap interaksi yang diberikan oleh pelajar dan pendekatan yang berbeza akan diguna pakai mengikut kesesuaian adaptasi pelajar. Saya sentiasa mengutamakan kualiti bagi memastikan pelajar sentiasa peka dan tertarik dengan ilmu yang ingin dipelajari.

1) Teknik mengenali
Dimulakan dengan pengenalan tajuk yang akan dipelajari
Perbincangan mengenai tajuk yang dipelajari

2) Teknik soal jawab
Pelajar akan disoal bagi memastikan tahap kefahaman pelajar mengenai tajuk yang dibincangkan

3) Ujian
Pelajar akan diuji bagi memastikan objektif pembelajaran dicapai.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Additional Mathematics DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mathematics DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5