Saya seorang guru dengan pengalaman mengajar sekolah rendah selama 18 tahun. Saya mengajar subjek Bahasa Inggeris dan juga muzik. Ketika musim pandemik, saya telah mengajar murid-murid secara online dimana saya menggunakan pelbagai cara yang menarik seperti permainan dan kuiz untuk menarik minat murid-murid tahap satu. Selama 18 tahun mengajar, saya didedahkan kepada pelbagai jenis murid dari latar belakang yang berbeza. Tahap penguasaan murid-murid ini juga amatlah berbeza. Saya dapat mengajar murid-murid pelbagai aras dan tahap dengan menggunakan pendekatan yang berbeza. Namun, saya juga boleh mengajar subjek-subjek lain memandangkan saya mengajar anak-anak saya sendiri di rumah sehingga mereka berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya lebih kepada teknik fun mode atau pembelajaran seronok, di mana murid-murid akan menyanyi, menari, membuat puzzle dan sebagainya. Saya juga lebih mengutamakan murid-murid untuk bercakap dan menyoal ketika mengajar, iaitu pembelajaran secara 2 hala. Manakala untuk murid lemah, saya suka gunakan kaedah repetition, atau ulangan.