Profile Picture

Nur Syahidah *******

(Online)

Doktor Falsafah(phd) - Sains Bioperubatan

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Banting, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Teacher Ida. Saya berpengalaman menjadi tutor bagi mata pelajaran bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Saya telah berpengalaman menjadi tutor untuk kelas Cambridge English dan menjadi fasilitator bagi kelab sains di sekolah antarabangsa. Saya seorang yang ramah dan pandai menyusun strategi bagi menarik perhatian pelajar untuk sentiasa fokus dalam sesi pengajaran saya. Saya juga sentiasa berdedikasi dalam memberi yang terbaik untuk pelajar saya agar mereka mendapat input yang bermanfaat dalam setiap kelas yang mereka hadiri. Mari jadikan saya tutor anda pada hari ini! :)
Teaching Method(s)
Saya lebih suka untuk menjadi tutor dalam kumpulan pelajar yang kecil, jadi saya dapat memberi perhatian yang lebih kepada mereka dan boleh memahami gaya pembelajaran unik bagi setiap pelajar. Melalui pemerhatian ini, saya dapat mengenalpasti kekuatan dan bidang yang perlu penambahbaikan bagi setiap pelajar. Kaedah perbincangan interaktif dan aktiviti praktikal adalah teknik yang selalu saya lakukan dalam kelas saya. Selain itu, kaedah 'active listening' dan penyoalan secara terbuka juga akan dilaksanakan terutama dalam kelas sains bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan menyatakan pemahaman mereka. Alat bantu visual atau aplikasi juga sangat membantu saya ketika sesi penerangan bagi menarik perhatian pelajar. Saya juga akan menetapkan matlamat 'learning outcome' yang jelas bagi setiap kelas. Dan akhir sekali, saya akan membentuk persekitan pembelajaran yang menyokong pelajar untuk mengembangkan keyakinan diri, berfikir secara kreatif dan kritis, dan suka akan mata pelajaran yang dipelajari.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Cambridge - Tahun 1, Cambridge - Tahun 2, Cambridge - Tahun 3, Cambridge - Tahun 4, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Membaca B. Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Sains Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2