Profile Picture

Mohamad Syauki *******

Sarjana Muda - Malay Studies

Universiti Malaya (Petaling Jaya) (Ongoing Study)

Jeram, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama diberi Mohamad Syauki Syazwan dan lebih mesra dikenali sebagai Syauki. Saya merupakan seorang pelajar Sarjana Muda Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Saya mempunyai kemahiran yang spesifik dalam bidang bahasa Melayu dan Sejarah. Namun begitu, saya juga boleh memberikan pendekatan kepada subjek-subjek lain juga yang berkaitan seperti Pendidikan Islam, Pengajian Am dan Perniagaan. Hal ini kerana saya juga merupakan seorang pelajar lepasan STPM dalam jabatan Sains Sosial. Saya juga pernah bersekolah di Sekolah Agama Menengah (SAM). Saya seorang yang berdedikasi, berdisiplin dan mempunyai semangat tinggi untuk berkongsi ilmu serta membentuk pelajar yang berakhlak dan berilmu. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta minat dalam sastera dan budaya Melayu, saya percaya pendidikan bukan sekadar penyampaian ilmu, tetapi juga tempat pembentukan sahsiah.
Teaching Method(s)
Saya merupakan seorang individu yang simple, tenang dan mudah didekati. Dalam menyampaikan ilmu, saya lebih gemar menggunakan kaedah yang mudah difahami dan senang diingati oleh pelajar. Saya percaya bahawa pendidikan yang berkesan bukan semata-mata bergantung kepada fakta, tetapi bagaimana ia disampaikan dengan cara yang mesra, ringkas dan bermakna. Dengan latar belakang dalam Pengajian Melayu serta minat terhadap budaya dan bahasa, saya komited untuk menjadi seorang guru yang mampu membimbing pelajar dengan pendekatan yang santai tetapi berkesan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Tingkatan 3 Tingkatan 5
Pendidikan Islam
Tingkatan 3 Tingkatan 5
Sejarah
Tingkatan 3 Tingkatan 5