Assalamualaikum dan hai, saya tutor Imran. Saya merupakan mahasiswa di University Tenaga National dalam bidang Sains Komputer. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 6 bulan di mana saya mengajar dalam ilmu Al-Quran bagi pelajar tingkatan 1. Saya juga turut menjadi mentor bagi subjek Biologi, Matematik, dan Matematik Tambahan ketika SPM 2022. Saya sangat gembira apabila saya diberi peluang untuk mengajar rakan saya dan memastikan mereka faham tentang apa yang diajar. Saya sangat tidak sabar untuk bertemu dengan para pelajar. Jumpa anda di kelas!
Teaching Method(s)
Saya sering menggunakan teknik analogi ketika saya mengajar. Sebagai contoh, saya suka memberi gambaran yang lebih mudah dan menarik ketika saya mengajar supaya rakan saya dapat memahaminya dengan mudah. Saya juga lebih gemar menggunakan teknik praktikal dalam pembelajaran supaya secara tidak langsung pelajar dapat mengadaptasikan dalam kehidupan.