Profile Picture

Ahmad Zikree *******

Diploma Pascasiswazah - PERGURUAN LEPASAN IJAZAH

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Semenyih, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Zikree, pengalaman mengajar saya adalah selama 3 bulan praktikum di sebuah sekolah menengah, subjek yang saya mengajar adalah subjek matematik dan subjek tambahan yang saya mengajar adalah subjek fizik. Kemahiran yang khusus yang ada pada diri saya adalah kaedah pengajaran yang rumit akan dipermudahkan terutamanya dalam subjek matematik. Dan pencapaian yang terbaik bagi saya adalah berjaya mengharungi praktikal mengajar selama 3 bulan dan pengalaman itu saya perlu mengajar dalam bulan puasa dan maklum balas daripada pelajar sendiri mereka berminat dengan gaya dan cara pengajaran saya yang santai tetapi penuh dengan ilmu.
Teaching Method(s)
Tekniknya adalah pendekatan masalah dunia sebenar yang mana menggunakan situasi sebenar seperti diskaun, kadar faedah, atau ukur kawasan rumah. Oleh itu bagi saya pelajar lebih nampak kenapa mereka perlu belajar subtopik tersebut. Pendekatan yang saya ambil adalah saya akan tanya secara spesifik dekat bahagian mana yang pelajar tidak faham akan subjek tersebut, kemudian saya akan menunjukkan cara paling mudah untuk mereka faham akan cara untuk menyelesaikan permasalahan. Teknik yang terbaik yang boleh saya kongsikan adalah latihan berulang, kerana otak manusia lebih cepat belajar apabila mereka melakukan sesuatu perkara secara berulang.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 4 Tingkatan 5