Profile Picture

Nursyazwani Binti *******

(Online)

Sarjana Muda - Tesl

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Parit Sulong, Johor

Institut Perguruan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya telah mengambil SPM 2019 dan memperoleh 9A SPM dalam aliran sains tulen. Kini, saya melanjutkan pelajaran di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dalan bidang Teaching English as Second Language (TESL). Saya merupakan pelajar tahun 3 bagi ijazah sarjana muda TESL, dan berpengalaman mengajar Bahasa Inggeris bagi murid Tahun 6 kerana telah menjalani praktikum selama 4 bulan di SK Taman Dato Harun (1). Saya juga mempunyai kemahiran dan ilmu mengajar yang selaras dengan standard KPM seperti penyediaan RPH yang berlandaskan DSKP CEFR English. Saya juga amat berkemahiran dalam menggunakan online learning tool seperti Google Meet, Zoom, Canva, Google Classroom, Microsoft Teams, Bamboozle, Quiziz, Kahoot dan Padlet.
Teaching Method(s)
Saya sentiasa mengaplikasikan ‘multiple intelligence’ concept di dalam kelas kerana saya percaya setiap murid mempunyai ‘learning style’ atau ‘learning preferences’ yang berbeza. Saya juga akan menggunakan platform seperti Quiziz, Kahoot, atau Wordwall untuk latihan kepada murid kerana ia lebih berkesan dan menarik minat murid untuk fokus. Learning material juga kebanyakannya saya akan olah dan adaptasi sendiri mengikut tahap penguasaan murid di samping menggunakan ‘authentic context’ supaya apa yang diajar dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Saya sentiasa mengutamakan ‘inklusiviti’ dalam teknik pengajaran saya dengan menggunakan teknologi, pergerakan, permainan dan muzik dengan sebaiknya supaya semua murid sentiasa rasa gembira dan bermotivasi untuk belajar. Ini juga bertujuan untuk memastikan setiap keperluan belajar murid dapat saya penuhi.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 6, Darjah 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 5
Membaca - BI Darjah 1