Profile Picture

Schelena Yasmin *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Bacelor Sains Statistik Dengan Pendidikan (Kepujian)

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Alor Gajah, Melaka

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Schelena. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan mudah beradaptasi dengan keadaan mengikut kesesuaian pengajaran dan pembelajaran pelajar agar pelajar dapat belajar dengan lebih selesa. Saya telah berjaya menghabiskan latihan amali sebagai guru praktikal dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan dengan jayanya, jadi, mendidik pelajar merupakan kemahiran yang tidak asing dalam diri saya. Saya berpengalaman dalam mengajar subjek Matematik sebagai subjek major, dan subjek Fizik dan Sains sebagai subjek minor. Saya juga berkemahiran dalam mengendalikan penilaian pelajar berdasarkan pencapaian pembelajaran mereka dan mengenal pasti kelemahan pelajar yang boleh diperbaiki. Kelebihan mengambil saya sebagai seorang tutor juga adalah saya pandai dalam mengambil hati pelajar di mana saya aktif berinteraksi bersama pelajar agar dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang harmoni. Hubungi saya jika berminat untuk saya menjadi tutor anda!
Teaching Method(s)
Sebagai seorang pendidik yang sering mengikuti perkembangan kaedah pembelajaran dan pengajaran kini, saya banyak menerapkan kaedah pembelajaran seperti penggunaan peta minda dan 'flashcards', serta menggunakan kaedah penerangan secara analogi dan visual seperti video untuk memudahkan fahaman pembelajaran teori. Saya juga mahir dalam menerangkan teknik jalan kira dengan lebih tepat mengikut kadar kelajuan kefahaman pelajar. Saya juga bersemangat dalam menyediakan perancangan pengajaran lebih awal dan menyediakan soalan latihan tubi ataupun soalan tahun lepas untuk diberikan kepada pelajar sebagai penilaian kefahaman dalam sesuatu topik.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Physics DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5