Saya Cikgu Shahirah. Berpengalaman menjadi tutor Biologi dan Kimia selama 8 tahun. Saya sering menerima maklum balas yang baik dari ibu bapa berkenaan peningkatan markah peperiksaan anak-anak mereka bagi subjek Kimia dan Biologi selepas mengikuti kelas saya. Saya juga menawarkan "trial class" secara percuma kepada pelajar pelajar untuk memastikan kepuasan pelajar-pelajar dan ibu bapa sebelum mengikuti kelas yang sebenar. Saya menjanjikan peningkatan markah anak anak anda selepas mengikuti kelas saya. Bahan bahan yang digunakan dalam kelas akan dihantar dalam bentuk fizikal dan juga PDF supaya para pelajar dapat melakukan latihan bersama sama ketika kelas.
Teaching Method(s)
Teori ringkas selama setengah jam bagi setiap subtopik dan diselangi latihan untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan. Pada akhir pengajaran, para pelajar akan menjawab latihan mengikut format SPM yang terkini untuk menyediakan mereka dengan kertas soalan format peperiksaan yang sebenar.