Assalamualaikum, Hi Saya Cikgu Adila. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 2 tahun dalam mendidik pelajar tadika 4,5 & 6 tahun. Saya berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga seorang peramah & ceria bersama pelajar tadika. Saya juga suka akan pada pelajar tadika dan membuat mereka terhibur apabila mengajar mereka. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi pembelajaran yang efektif. Saya juga pandai mengambil hati pelajar tadika agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya suka menggunakan teknik dan kaedah aktiviti motor halus kepada pelajar tadika. Saya juga dapat meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar dengan cara & langkah yang betul. saya menerapkan teknik-teknik pembelajaran yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar tadika dan melihat kesukaan pelajar untuk belajar untuk mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan pelajar tadika berminat belajar, seronok belajar dan memahami ilmu yang diajar.