Salam Sejahtera! Hello, everyone! 大家好! Saya seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Pelancongan. Saya mahir dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Bahasa Mandarin.
Saya seorang tutor yang berdedikasi dan bersemangat tinggi dalam membantu memastikan anak didik saya mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Saya pandai menghidupkan suasana pembelajaran agar anak didik saya lebih bersemangat dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah didik hibur agar anak didik saya sentiasa bersemangat dan tidak tertekan dalam pembelajaran. Saya juga menggunakan teknik sebutan yang senang dan tepat agar anak didik saya dapat menguasai tatabahasa dengan mudah dan lancar. Saya menyediakan nota berwarna warni dan melakonkan simulasi dalam kelas. Latihan dan komunikasi dua hala juga akan sentiasa dilakukan sepanjang kelas agar anak didik lebih cekap dan tidak segan untuk bertanya.