Nama saya ialah Nurhani Syuhada. Boleh panggil saya tutor Hani. Saya seorang tutor yang bermatlamat dan bersemangat tinggi untuk membantu anak didik saya dalam mencapai kecemerlangan di dalam akademik mereka. Saya seorang yang baik terhadap orang lain dan berkebolehan untuk mengajar anak didik saya sehingga faham dan mahir dalam sesuatu subjek yang telah dipelajari oleh tutor. Jadikan saya sebagai tutor anda semua!!
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya akan gunakan ialah teknik simulasi, tunjuk cara, perbincangan, modul dan penyelesaian masalah. Selain itu, saya akan menggunakan kaedah pembelajaran main sambil belajar supaya anak didik saya tidak cepat bosan semasa kelas dijalankan. Saya akan berkongsi pengetahuan dengan anak didik saya bagaimana ingin menyelesaikan masalah soalan atau menjawab soalan dengan jawapan yang bernas dan tepat.