Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya cikgu Anis seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Saya memiliki minat yang besar dalam bidang Matematik dan bercita-cita untuk berkongsi pengetahuan dengan pelajar teknik dan memberikan cara yang mudah untuk memahami serta menyelesaikan masalah-masalah matematik. Saya juga berkomitmen untuk memastikan bahawa setiap pelajar di bawah bimbingan saya dapat mencapai semua objektif pembelajaran setiap kali sesi tutor diadakan.
Jika anda ingin anak anda berjaya dan yakin menjawab soalan matematik, jangan ragu untuk menghubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya akan menyesuaikan kaedah pengajaran saya mengikut tahap kefahaman pelajar dalam subjek matematik. saya akan:
- Terangkan konsep dengan cara yang paling mudah difahami oleh pelajar.
- Gunakan teknik interaktif untuk membuat pembelajaran menyeronokkan, berkesan dan santai.
- Sediakan nota yang ringkas dan mudah difahami.
- Berikan latihan soalan dari buku latihan untuk memperkukuhkan pemahaman.
- Selesaikan soalan bersama-sama dengan pelajar.
- Mengadakan beberapa sesi kuis untuk menilai kefahaman pelajar terhadap setipa topik yang dipelajari.