Profile Picture

Eleazer Viviana *******

(Online)

Diploma / Stpm - Diploma Kejuruteraan Awam

Politeknik Kuching Sarawak (Ongoing Study)

Sri Aman, Sarawak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang sentiasa bersedia untuk menyumbang bakti dan komitmen tinggi bagi mendidik bakal-bakal peneraju negara dalam pendidikan mereka. Saya mempunyai pengalaman menjadi tutor sekitar dalam 4 bulan sebagai lepasan spm yang hendak mengisi masa lapang yang panjang dengan aktiviti bermanfaat. Saya dikenali ramai sebagai seorang yang mempunyai kepakaran dalam subjek Bahasa Inggeris, iaitu subjek yang saya paling minati sejak kecil lagi. Terdapat beberapa pelajar di bawah didikan saya telah memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris, hasil daripada teknik pengajaran saya yang efektif. Teknik pengajaran saya khususnya dalam subjek Bahasa Inggeris adalah berbeza dengan teknik pengajaran di sekolah, malah saya sendiri juga mengaplikasikan teknik yang saya reka tersebut dalam memperkukuhkan lagi pengetahuan Bahasa Inggeris saya. Saya juga dikenali sebagai seorang yang tidak mudah putus asa dan berdaya saing, oleh itu saya mampu yakinkan pelajar saya bahawa Bahasa Inggeris itu adalah mudah dan mampu membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi dalam apa jua bidang yang mereka ingin ceburi kelak. Saya mampu menjadikan sesuatu yang mungkin ramai yang menganggapnya mustahil untuk digapai, dengan kekal menanam mindset yang positif dalam diri. Walaupun kini saya masih meneruskan pendidikan saya pada peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan awam, namun ia bukan menjadi penghalang untuk saya terus mendidik dan membekalkan ilmu kepada generasi muda kini, mahupun yang sebaya dengan saya, agar kami saling memperbaiki diri untuk menjadi insan berguna dan menyumbang bakti kepada negara. Selain itu, saya juga berkebolehan dalam mengajar subjek lain seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan Sains.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan kaedah didik hibur bagi memastikan pelajar saya tidak mudah bosan dan dapat menerima ilmu yang disampaikan. Saya juga sangat menekankan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kelas saya agar para pelajar saya dapat menyesuaikan diri dengan bahasa tersebut dan sekali gus dapat melatih mereka untuk berkomunikasi dengan yakin dan fasih dalam berbahasa Inggeris. Selain itu, saya juga akan menerapkan kaedah pengajaran melalui menonton filem, mendengar lagu, mencari pasangan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan beberapa permainan seperti crossword puzzles. Saya juga menekankan teknik "one word a day"/"one idiom a day"/"one phrasal verb a day" dengan tujuan untuk meningkatkan kosa kata dan pemahaman mereka dalam Bahasa Inggeris. Saya juga akan mengasah kemahiran menulis karangan dalam bahasa Inggeris seminggu sekali ketika kelas berlangsung.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mathematics DLP Tingkatan 1
Science DLP Tingkatan 1, Tingkatan 2