Saya merupakan seorang yang berdedikasi dalam memastikan pelajar saya sentiasa mempunyai minat dan rasa ingin tahu tentang apa yang dipelajari. Saya adalah seorang yang akan memastikan pelajar saya memahami asas - asas sesuatu topik pembelajaran sebelum meneruskan pelajaran. Saya adalah seorang yang tenang dan menepati jadual dengan efisyen. Anda boleh mencuba keberkesanan saya sebagai tutor anda sekarang.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan kaedah pembelajar pemantapan asas. Saya akan memastikan pelajar mempunyai pemahaman yang kuat dalam asas sesuatu topik. Saya juga akan menggunakan situasi realistik bagi pelajar memahami konsep pembelajaran. Saya juga akan menggunakan pelbagai variasi soalan bagi mengenalpasti dimana kekurangan pelajar yang perlu di pertingkatkan lagi. Saya akan menggunakan pelbagai teknik dalam menyelesaikan masalah dengan lebih efisyen.