Profile Picture

Muhammad Idham *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Petaling Jaya, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang ramah namun tegas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang tutor, saya amat menekankan tentang adab belajar dalam diri murid saya supaya mereka menjadi murid yang bijak dengan akhlak mulia. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Dengan pengalaman mengajar selama 8 bulan semasa menjalani latihan mengajar di bawah Institut Pendidikan Guru, saya yakin dengan izin Allah, sesi pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Hal ini kerana sepanjang 5 tahun berada di IPG, pelbagai teori dan pedagogi pendidikan telah diterapkan dalam diri saya. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya kebiasaannya akan menerapkan kaedah pembelajaran berasaskan permainan bagi menarik minat murid untuk belajar dan sekali gus dapat memastikan anak didik saya sentiasa fokus bagi menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Saya juga menggunakan serta membina beberapa inovasi pendidikan secara digital dan maujud untuk membantu saya mengingati dan memahami sesuatu perkara dengan mudah.
Subject
Subject School Level
P. Islam Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Mengaji