Profile Picture

Munirah Binti *******

(Online)

Sarjana Muda - Tesl

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Pasir Mas, Kelantan

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Berbekalkan pengalaman menimba ilmu selama 5 tahun di institut dan telah mengikuti 2 kali praktikum di sekolah, saya percaya bahawa saya mempunyai kaedah yang berkesan dan sesuai untuk murid yang mempunyai kepelbagaian cara belajar serta tahap kemahiran yang berbeza. Dengan ini, semua murid dapat belajar mengikut kecenderungan dan tahap masing-masing. Oleh itu, motivasi ekstrinsik dan intrinsik dapat dibentuk bagi melahirkan rasa suka dan perasaan percaya untuk berjaya. Saya juga berpengalaman untuk membentuk sebuah pembelajaran yang lebih berobjektif, sesuai dengan kehendak 'content standard' dan 'learning standard' yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, saya percaya yang saya boleh menjamin 'validity', 'reliability' dan 'objectivity' pengajaran saya.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan bahan bantu mengajar seperti gambar bagi memudahkan murid untuk memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas. Saya percaya bahawa bukan semua perkara boleh dijelaskan dengan perkataan, justeru, dengan adanya bahan bantu mengajar ini, saya dapat memberikan informasi yang bersifat abstrak menjadi lebih konkrit. Dengan ini, murid boleh melihat, membuat justifikasi dan seterusnya mampu untuk merangsang mereka untuk berfikir dan mengingat. Saya juga akan membuat 'drilling' atau 'repetition technique' yang mana akan merangsang murid untuk selalu menggunakan ilmu yang telah diberikan. Sebagai contoh, saya akan mengambil masa selama 5 hingga 10 minit untuk 'retell' atau 'recall' topik pembelajaran terdahulu pada waktu pembelajaran baru.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3