Profile Picture

Nur Hanan *******

Sarjana Muda - Pendidikan Islam

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Kota Bharu, Kelantan

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum wbt, saya baru sahaja menamatkan pelajaran di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi di dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Dengan izin Allah swt, saya akan mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang saya telah pelajari di IPG selama 5 tahun kepada anak-anak murid saya. Seperti mana yang kita ketahui bahawa di dalam dunia ini tiada murid yang tidak pandai tetapi hanya cara guru yang mengajarnya yang memainkan peranan penting. Oleh itu, jika cara yang digunakan untuk mengajar murid itu menarik dan berkesan, sudah tentu murid akan mencapai objektif yang ditetapkan dan cemerlang di dalam bidang akademik.
Teaching Method(s)
Saya lebih suka menggunakan strategi pengajaran yang melibatkan guru, murid dan bahan. Bagi saya, jika hanya guru yang memberikan input kepada murid, sudah tentu murid akan berasa bosan dan mengantuk. Jadi, saya akan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dengan melibatkan psikomotor dan kognitif murid. Selain itu, saya juga akan mewujudkan sistem ganjaran dalam kalangan murid. Berdasarkan pengalaman mengajar saya selama lebih kurang 8 bulan di sekolah, saya melihat bahawa murid-murid sangatlah suka kepada ganjaran atau hadiah yang ditawarkan oleh gurunya. Boleh jadi ganjaran tersebut ialah gula-gula, pemadam, pensel dan sebagainya. Ianya boleh menjadi satu semangat dan pada masa yang sama boleh menjadi satu ugutan kepada murid untuk sentiasa bersikap baik dan fokus di dalam bilik darjah.
Rating & Review

Encik Ezarul Ezwan Yusoff

Prasekolah - 3M

Cikgu hanan bijak dalam mengatur cara pembelajaran kepada pelajar

Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Matematik
Tadika
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1
Membaca B. Melayu
Darjah 2 Tadika Darjah 1
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Tadika Darjah 5
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1
Pendidikan Islam
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1
Darjah 1
Bahasa Arab
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tadika Tingkatan 5 Tingkatan 4 Tingkatan 3 Tingkatan 2 Tingkatan 1
Jawi
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika
Mengaji - Al-Quran
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Asas Fardhu Ain
Darjah 1 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika Darjah 3
UPKK
Darjah 3 Darjah 5
KAFA
Darjah 1
Prasekolah - 3M
Tadika Darjah 5