Profile Picture

Fatin Nadhirah *******

(Online)

Diploma / Stpm - Tahfiz Al-quran & Qiraat

Universiti Islam Selangor (Ongoing Study)

Banting, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya pelajar diploma tahfiz al-Quran dan Qiraat, tahun akhir dan masih menuntut ilmu di UIS. Saya baru dalam bidang mengajar dan saya suka untuk mengajar iqra', muqaddam dan Al-Quran kanak-kanak dan remaja. Saya pernah mengajar iqra', muqaddam dan al-Quran kanak kanak dan remaja secara talian. Saya juga sedang mengajar secara bersemuka sebagai guru ganti kafa di Putrajaya. Dan, saya masih aktif mengajar kerana baru 6 bulan saya dalam bidang ini. Saya mampu untuk mengajar kanak-kanak dan remaja sehingga mereka faham dan mampu membaca sehingga lancar walaupun perlu mengulang bahagian yang tidak difahami berulang kali. Ini kerana, misi utama saya dalam mengajar inginkan mereka yang menuntut ilmu untuk faham dan mengaplikasi ilmu-ilmu tersebut dalam kehidupan mereka. Saya juga suka membantu mereka jika mereka ada kesukaran dalam membaca dan memahami ilmu-ilmu al-Quran. Walaupun saya baru dalam bidang mengajar, saya suka untuk mengajar ilmu tajwid kerana ilmu tajwid ini suatu ilmu yang menarik dan saya percaya ramai yang memandang ilmu tajwid ini ilmu yang ringan dan tidaklah terlalu penting. Akan tetapi, ilmu tajwid merangkumi semua ilmu dalam membaca al-Quran dari segi makhrajnya, harakat bacaannya dan lain-lain. Saya harap saya dapat meluaskan ilmu al-Quran ini seluasnya agar masyarakat cinta untuk membaca malah memahami isi kandungan al-Quran.
Teaching Method(s)
Sepanjang pengalaman saya mengajar mengaji secara talian, saya menggunakan google meet dan whatsapp video call. Melalui google meet, saya memaparkan skrin iqra' dan hukum tajwid yang saya akan ajarkan kepada mereka. Saya juga memanfaatkan kecanggihan sistem google meet itu sendiri dengan menggunakan pen warna warni secara talian dalam mengajar mereka. Hal ini kerana, mereka lebih tertarik untuk belajar dan lebih fokus pada tulisan tulisan serta nota nota yang saya ajarkan. Bukan itu sahaja, saya mengajar mereka dengan kaedah teka teki, saya mengulangkaji semula pembelajaran saya yang lepas kepada mereka. Bagi ilmu tajwid pula, saya menggunakan kaedah bedah al-Quran yang mana, selepas mereka membaca satu muka surat al-Quran, saya akan suruh mereka cari hukum tajwid yang ada dalam satu baris ayat sahaja. Sebab, dalam satu baris ayat al-Quran sahaja sudah ada banyak hukum tajwid. Saya akan ajar mereka dalam 2 atau 3 hukum tajwid kerana mereka dalam lingkungan umur 10-12 tahun, jadi saya rasa ini sesuai untuk mereka terus fokus dan faham ilmu tajwid tersebut.
Subject
Subject School Level
Fardhu Ain Tadika
Mengaji - Iqra Tadika
Membaca B. Inggeris Tadika
Membaca B. Melayu Tadika
Bahasa Melayu Tadika
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Hafazan KAFA - Darjah 3
Tajwid KAFA - Darjah 3