Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat dan mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang Sejarah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Saya seorang yang peramah namun agak tegas semasa mengajar anak didik saya. Saya akan memastikan bahawa anak didik saya dapat mencapai target mereka. Saya juga bijak mengambil hati pelajar saya supaya mereka tertarik untuk belajar. Jika anda ingin mencari tutor yang bersemangat dan berdedikasi, saya sedia untuk memberikan yang terbaik dalam setiap sesi pembelajaran.
Teaching Method(s)
Sebagai tutor, saya akan menggunakan pendekatan yang kreatif dan interaktif untuk memastikan sesi pembelajaran sentiasa menarik dan bermakna. Saya komited untuk membantu pelajar memahami konsep-konsep yang sukar dengan cara yang mudah difahami, dan membina keyakinan mereka dalam subjek yang dipelajari.