Profile Picture

Nur Qamarina *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor In Pharmaceutical Technology (Honours)

Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (RCMP) (Ongoing Study)

Lumut, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang yang sentiasa bersemangat dalam apa jua kerjaya dan bidang yang saya ceburi. Sebagai seorang tutor, saya faham dan akur untuk tidak mudah berputus asa dalam mendidik anak-anak dan pelajar-pelajar saya. Saya merupakan seorang yang agak tegas dan sentiasa fokus dalam menyempurnakan matlamat saya. Saya seorang yang penyabar, jadi dengan izin Allah, saya mampu untuk menjalankan tugas-tugas saya sebagai seorang tutor. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya faham dan juga sentiasa seronok dengan cara pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
1) Saya akan memastikan hasil pembelajaran sesuatu topik itu dapat dikuasai oleh para pelajar. Jika pelajar tidak dapat kuasai, saya sanggup untuk meluangkan masa yang lebih untuk mengajar sehingga mereka faham.
2) Saya juga akan meminta para pelajar untuk melakukan nota ringkas mengikut kreativiti masing-masing selepas sahaja suatu tajuk telah selesai. Ini dapat menguatkan lagi daya ingatan mereka dengan menulis semula apa yang mereka faham dari suatu subtopik tersebut.
3) Saya juga menggunakan teknik akronim untuk membantu saya dan para pelajar ingat dengan lebih mudah.
4) Saya juga akan meminta para pelajar untuk berkongsi idea mereka. Ini dapat melatih daya pemikiran mereka dengan lebih pantas
5) Saya akan menyediakan kuiz dan soalan bagi setiap subtopik untuk menguji kefahaman mereka.
6) Saya juga akan menyediakan video berkenaan subjek bagi kelas online supaya para pelajar lebih faham dengan apa yang mereka belajar
Subject
Subject School Level
Hifz Al-Quran Tingkatan 4
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 4
Sains Tingkatan 1