Profile Picture

Muhammad Afiq *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Awan

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Ongoing Study)

Jerantut, Pahang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya, Muhammad Afiq bin Abdullah Sani adalah seorang pelajar tahun akhir dalam bidang Kejuruteraan Awam di Universiti Putra Malaysia. Saya mempunyai minat yang mendalam terhadap pengiraan sejak sekolah menengah lagi dan kemahiran ini telah membantu saya untuk menyambung pengajian dalam kursus kejuruteraan. Di samping itu, saya juga sangat aktif dalam bersukan, terutamanya bermain futsal, yang bukan sahaja membantu mengekalkan kesihatan fizikal tetapi juga membina semangat berpasukan dan disiplin. Gabungan minat akademik dan hobi ini menjadikan saya seorang individu yang seimbang dan berdedikasi dalam segala aspek kehidupan. Saya adalah seorang yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas, memastikan setiap kerja diselesaikan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Saya juga berusaha sedaya upaya untuk menangani masalah dengan teliti, agar saya berpuas hati dengan hasil akhir kerja saya. Saya juga suka mengajar atau menyatakan maklumat menarik mengenai subjek akademik kepada rakan rakan kerana saya suka berkongsi ilmu kepada semua lapisan masyarakat. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Sebagai seorang yang berdedikasi, saya memastikan setiap sesi pengajaran dirancang dan dilaksanakan dengan teliti sebelum waktu yang ditetapkan. Saya juga berusaha sedaya upaya untuk mengatasi sebarang cabaran pengajaran dengan cermat, agar saya berpuas hati dengan hasil pembelajaran pelajar-pelajar saya. Saya juga menggunakan kaedah pembelajaran didik hibur supaya para pelajar tidak mudah bosan dan sentiasa bersemangat menimba ilmu. Saya sentiasa mengajar menggunakan cara yang paling mudah difahami oleh pelajar, supaya mereka dapat menerapkan kaedah tersebut dalam kerja mereka.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Darjah 6