Saya menjadi tutor yang ramah dan mesra dengan semua pelajar supaya mereka lebih tertarik dengan proses pembelajaran mereka. Sepanjang sesi pengajaran, saya bersedia untuk membantu pelajar mencapai keputusan yang lebih baik dan meningkatkan motivasi mereka dalam pelajaran.
Teaching Method(s)
Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran dan penyerapan yang unik dan berbeza, jadi saya juga akan menggunakan teknik yang berbeza semasa mengajar supaya pelajar mudah untuk menerima dan memahami konsep yang saya cuba ajar. Saya juga pentingkan kaedah pengajaran yang tenang dan mewujudkan interaksi antara pelajar dan guru.