Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Saya Amalia Najihah Binti Mahzan, graduan Universiti Sains Malaysia, Penang dalam bidang Kimia (Tulen) dan mempunyai pengalaman bekerja dalam industri kimia selama 2 tahun. Saya amat berminat untuk menjadi seorang tutor kerana saya pernah bercita cita menjadi seorang guru. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk meneruskan cita cita saya di platform ini untuk berkongsi ilmu kepada pelajar yang memerlukan khidmat dan bimbingan saya. Saya juga seorang yang berdedikasi dan komited dalam membantu anak murid saya fokus dengan tujuan dan matlamat yang mereka ingin capai.
Teaching Method(s)
Saya lebih suka menggunakan konsep pendekatan yang mesra tetapi tegas bersama anak didik saya. Hal ini kerana saya berpendapat bahawa amat penting untuk mereka rasa selesa bersama tutor mereka untuk mencipta satu ikatan ataupun "bonding" untuk menjadikan proses pembelajaran itu seronok tetapi masih fokus dengan matlamat yang ingin dicapai.