Profile Picture

Durrah Mardhiah *******

(Online)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Sains Tulen

Sekolah Menengah (Ongoing Study)

Johor Bahru, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya ialah Durrah, seorang pelajar yang menuntut di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) . Saya mempunyai pengalaman selama 2 tahun dalam menjadi tenaga pengajar bagi membantu guru-guru dalam meningkatkan markah para pelajar SAKTI dimana saya diberikan tanggungjawab untuk menjadi mentor dan ketua subjek bagi subjek matematik dan chemistry iaitu subjek major saya untuk memastikan pointer subjek tersebut meningkat. Selain daripada itu, saya juga pernah menguruskan kelas-kelas bagi menggantikan guru yang tidak dapat hadir ke kelas tersebut serta mengagihkan bahan-bahan rujukan bagi membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan markah mereka bagi suatu subjek tertentu. Saya juga banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti sekolah yang dapat meningkatkan kemahiran bersosial saya menyebabkan saya mudah untuk berinteraksi dengan orang luar.
Teaching Method(s)
Teknik pembelajaran yang saya lakukan berdasarkan pengalaman 2 tahun mengajar adalah dengan mengkaji kelemahan-kelemahan para pelajar dan membantu mereka mengatasi kelemahan tersebut. Saya juga akan membantu mereka untuk menjawab soalan-soalan yang sukar serta memberikan tips-tips mudah bagi menyelesaikan setiap satu soalan yang sukar. Saya juga akan membantu dalam menghasilkan nota-nota mudah agar mereka mudah untuk memahami dan menghafal bagi suatu subjek tersebut.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Chemistry DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5