Saya Nuratiqah Hanim. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman selama 4 tahun dalam mengajar pelajar dari 6tahun hingga 16 tahun. Matematik merupakan subjek yang saya mahir. Saya berkebolehan untuk menyuaikan diri dengan keadaan pelajar dan mampu membuatkan pelajar selesa dan mudah untuk belajar. Saya juga berpengalaman untuk membantu pelajar daripada tidak pernah lulus subjek Matematik kepada lulus untuk kali pertama ketika belajar bersama saya
Teaching Method(s)
Pengalaman saya selama 4 tahun mengajar, saya amat menitik beratkan supaya pelajar saya selesa untuk datang ke kelas. Saya akan memastikan ada “Bonding” antara saya dan pelajar. Bila pelajar sudah mula selesa dan percayakan saya, barulah mereka akan merasa seronok dan akan mudah menerima apa sahaja ilmu yang saya curahkan. Saya juga akan mengajar teknik mudah untuk menghafal formula-formula matematik. Pelbagai pendekatan yang saya akan gunakan untuk memastikan pelajar mudah gunakan untuk pelajaran.