Profile Picture

Cikgu Akmal *******

(Physical & Online)

Sarjana(master) - Technical And Vocational Education

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Graduated)

Gombak, WP Kuala Lumpur

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
About Me
Saya Cikgu Akmal. Saya merupakan seorang guru di sekolah menengah dan juga merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 15 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Perniagaan dan Ekonomi merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan kelas tambahan buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar.

Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5