Profile Picture

Norkhairisa Binti *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Penulisan (Kepujian) Penulisan Kreatif

Universiti Teknologi MARA (Puncak Perdana) (Graduated)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang graduan penulisan yang pernah menghasilkan beberapa cerpen, majalah, dan novel pendek sewaktu pengajian tinggi. Saya juga merupakan pelajar sem 2 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM dalam pengajian Sastera dan Sejarah. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki, saya mahir dalam penggunaan bahasa Melayu dan saya yakin bahawa saya mampu menjadi seorang pendidik Bahasa Melayu yang berkaliber yang mana dengan kreativiti saya dalam pengajaran dan pembelajaran akan mampu mendidik anak bangsa untuk mencintai bahasa ibuda dari akar umbi. Saya sangat mementingkan masa kerana bagi saya masa adalah peluang. Oleh itu, saya akan memastikan anak-anak murid di bawah jagaan saya juga mampu berjaya menguasai kemahiran tertentu mengikut masa yang ditetapkan.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan kaedah PAK-21 yang mana saya akan menggunakan kaedah Inquiry Based Learning yang menggalakkan pelajar saya untuk lebih berfikir secara kritikal. Bukan itu sahaja, saya suka menggunakan beberapa aplikasi teknologi seperti Coogle agar pembelajaran tidak bosan dan dapat bersama-sama mencungkil idea pelajar tentang subjek atau topik yang dibincangkan. Selain itu saya kerap menggunakan kaedah Gallery Walk sewaktu fizikal kelas yang mana saya akan bentukkan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil untuk berkongsi idea melalui soalan, gambar, situasi atau teks. Cara ini mampu menjadikan pelajar lebih yakin untuk bercakap di hadapan khalayak, memupuk sifat kerjasama dan kolaboratif antara rakan-rakan dan yang paling penting pelajar mampu berfikir secara kritis dan lebih mendalam akan sesuatu topik.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 5, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 3, STPM - Tingkatan 6