Profile Picture

Haris Murshidi *******

Sarjana Muda - SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DENGAN KEPUJIAN

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Saya Haris.
Saya seorang yang sangat berminat untuk membantu pelajar lebih faham dan seronok belajar, terutama dalam subjek Matematik dan Pendidikan Agama Islam.
Walaupun saya belum pernah mengajar secara rasmi, saya ada pengalaman membimbing rakan-rakan melalui program mentor-mentee di sekolah dan universiti, serta mengajar adik saya di rumah yang bersekolah rendah. Saya terbuka untuk mengajar pelajar sekolah rendah dan menengah.

Saya suka gunakan pendekatan belajar yang aktif, seperti teknik gerak gaya fizikal dan bercakap dengan diri sendiri untuk lebih memahami sesuatu konsep.
Saya percaya, bila kita faham sesuatu topik dengan cara kita sendiri, pembelajaran akan jadi lebih mudah dan kekal lama dalam ingatan.

Antara pencapaian saya ialah dilantik sebagai Ketua Pengawas, menerima Anugerah Khas Pengetua/Anugerah Tokoh Pelajar, dan dan salah seorang calon yang mendapat A+ untuk Agama Islam dalam SPM 2018 di sekolah saya.
Teaching Method(s)
Saya suka buat sesi pembelajaran jadi lebih hidup dan tidak membosankan.
Saya ajar pelajar untuk memahami konsep, bukan sekadar ikut langkah demi langkah. Bila pelajar boleh ulang semula apa yang mereka faham dengan cara mereka sendiri, itu tanda mereka benar-benar menguasai ilmu.

Untuk skor dalam subjek seperti Matematik, saya tekankan kepada faham asas, latihan berterusan, dan membangunkan keyakinan dalam menyelesaikan soalan dari pelbagai sudut.

Saya percaya setiap pelajar ada potensi masing-masing, dan dengan teknik yang betul, semua orang boleh berjaya.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pendidikan Islam
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
UPKK
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Khat
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6