Profile Picture

Siti Sarah *******

(Online)

Sarjana Muda - Senibina Landskap

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Semenyih, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya sangat berminat dan mempunyai semangat yang mendalam di dalam dunia pendidikan. Walaupun saya belum mempunyai pengalaman formal dalam mengajar, pengalaman saya sebagai sukarelawan dalam program bimbingan telah mengukuhkan minat saya untuk menjadi seorang pendidik yang berintegriti. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi yang luar biasa, dan saya komited untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan akademik. Minat saya dalam bidang pendidikan dipupuk melalui pengalaman saya dalam aktiviti sukarelawan yang melibatkan pengajaran kepada kanak-kanak kurang bernasib baik. Pengalaman ini telah menunjukkan kepada saya betapa pentingnya peranan seorang pendidik dalam membentuk masa depan pelajar. Melihat pelajar memahami konsep baru dan berjaya dalam pembelajaran mereka memberikan kepuasan yang tidak ternilai. Demi kemahuan dan minat yang tinggi untuk mendidik, saya juga sedang berusaha mendapatkan ikhtisas sebagai pendidik yang diiktiraf. Pengalaman bekerja saya di dalam bidang profesional dan juga pentadbiran juga dapat menjadi tambahan ilmu dalam sesi pengajaran kepada bakal-bakal pelajar saya.
Teaching Method(s)
Sebagai seorang pendidik yang bersemangat dan berdedikasi, saya menggabungkan pelbagai pendekatan inovatif bagi memastikan sesi pengajaran saya menarik, interaktif, dan berkesan. Saya menggunakan kaedah didik hiburan seperti permainan pembelajaran dan video animasi untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan mengikut kesesuaian dengan keperluan kelas.
Nota berwarna-warni dengan peta minda dan kod warna turut digunakan bagi menarik minat pelajar dan memudahkan pemahaman mereka. Saya juga amat menggalakkan interaksi dan kolaborasi melalui perbincangan kumpulan dan projek kolaboratif (sekiranya perlu dan bagi kelas berkumpulan sahaja). Penggunaan teknologi seperti Google Classroom dan alat interaktif lain mempelbagaikan lagi pengalaman pembelajaran pelajar. Penilaian berterusan melalui ujian atau kuiz dan maklum balas segera membantu memastikan pelajar memahami topik yang diajar. Dengan pendekatan pelbagai ini, saya yakin dapat menyediakan sesi pengajaran yang memberi impak positif dan membantu pelajar mencapai kecemerlangan.
Subject
Subject School Level
Sains Darjah 6, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 6, Darjah 5