Saya Cikgu Syahirah. Saya merupakan graduan dari Universiti Teknologi Mara (Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik dan kini saya baru tamat latihan mengajar di Sekolah Menengah dan secara tidak langsung pengajian saya bagi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah sudah tamat dan hanya menunggu konvokesyen. Oleh itu, saya boleh mengajar subjek Matematik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Saya mempunyai pengalaman mengajar subjek Matematik selama 3 bulan dan saya sentiasa mengikuti dan mengemas kini perubahan dari segi format dan silibus subjek ini. Saya juga mempunyai kemahiran komunikasi yang baik bagi memastikan kelas yang dijalankan dapat berlaku secara efektif.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya adalah dengan memberi tunjuk ajar tentang subjek atau topik yang hendak dipelajari. Kemudian memberi latihan kepada murid sambil memantau jalan kerja yang dibuat oleh mereka dan mereka boleh bertanya jika tidak faham tentang sesuatu topik tersebut.