Profile Picture

Nursyuhada Binti *******

(Online)

Sarjana Muda - English

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Ongoing Study)

Subang Jaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Teacher Syuhada. Saya merupakan seorang tutor yang berkaliber dan berpengalaman selama 6 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Subjek bahasa inggeris merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Berkemahiran dalam mencipta formula modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar yang mudah memahami konsep tatabahasa. Saya juga merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan mengendalikan kelas-kelas tahap 2 dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 6 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan formula yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor subjek bahasa inggeris merupakan suatu teknik yang telah saya rangka sejak tahun 2017. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Inggeris Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6