Saya merupakan pelajar Bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia. Saya mempunyai pengalaman sebagai guru ganti di sekolah rendah dan pernah mengajar subjek Matematik, Bahasa Melayu, dan Tasmik bagi Tahun 1 dan 2. Saya juga mempunyai pengalaman membimbing bacaan Al-Quran bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun secara personal. Pengalaman mengajar saya termasuk secara fizikal dan atas talian.
Teaching Method(s)
Saya cenderung untuk mengajar dan membimbing mengikut keperluan dan kehendak murid. Sesi pengajaran akan menggunakan komunikasi dua hala agar saya dapat pastikan murid memahami topik yang diajarkan pada sesi tersebut. Saya juga terbuka jika murid memerlukan nota dan pengisian tambahan selain dari bahan pengajaran semasa dalam sesi pengajaran.