Profile Picture

Anis Nadirah *******

Sarjana Muda - Statistics

Universiti Teknologi MARA (Seremban) (Graduated)

Skudai, Johor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Anis, seorang tutor Matematik sepenuh masa dengan lebih daripada satu tahun pengalaman mengajar pelajar sekolah rendah dan menengah. Saya kini berada di semester terakhir pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di OUM, dan pengalaman ini membantu saya menggabungkan pengetahuan pedagogi dengan amalan mengajar sebenar. Fokus utama saya adalah mengajar subjek Matematik sahaja, bermula dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Saya dikenali sebagai tutor yang penyabar tetapi tegas, mampu menerangkan konsep matematik dengan cara yang mudah difahami, teratur dan sesuai mengikut tahap pelajar. Sepanjang pengalaman saya, antara pencapaian terbaik ialah membantu pelajar SPM yang sebelum ini gagal Matematik untuk berjaya lulus selepas mengikuti sesi pembelajaran secara konsisten dan berfokus. Pendekatan saya lebih memfokuskan kepada membina keyakinan pelajar, mengukuhkan asas, dan memastikan setiap pelajar memahami konsep, bukan sekadar menghafal langkah.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran, saya menggunakan kaedah step by step untuk memastikan pelajar memahami setiap langkah penyelesaian soalan dengan jelas. Saya sering mengaplikasikan contoh daripada situasi sebenar supaya pelajar dapat melihat bagaimana konsep matematik berkait dengan kehidupan harian. Kelas disusun daripada latihan aras mudah kepada sederhana dan seterusnya aras peperiksaan bagi membina momentum dan keyakinan. Saya turut menjalankan mini kuiz dan speed drill untuk meningkatkan kelajuan serta ketepatan pelajar. Sebelum memulakan mana mana topik, saya menjalankan ujian diagnostik ringkas untuk mengenal pasti kelemahan asas pelajar, dan daripada situ saya merancang modul yang sesuai dengan kemampuan mereka. Untuk membantu pelajar skor dengan lebih baik, saya menekankan teknik mencari kata kunci soalan, memahami kehendak sebenar soalan, mematuhi gaya jawapan mengikut skema pemarkahan, dan mengurus masa dengan efisien semasa peperiksaan. Latihan intensif menggunakan set soalan sebenar turut dijalankan bagi membiasakan pelajar dengan format peperiksaan dan topik yang kerap ditanya.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Asas (Basic) Pertengahan (Intermediate)