Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya murni mastura atau lebih mesra dipanggil sebagai cikgu murni, mempunyai pengalaman selama 2 tahun dalam pendidikan awal kanak kanak. Selain itu, saya juga pernah mengajar mengaji dan membaca di beberapa pusat tuisyen dalam negara. Saya mempunyai perwatakan yang tegas dan pada masa yang sama, saya juga seorang yang penyayang dan gemar bersama kanak-kanak. Oleh itu, saya akan memberikan keseronokan dan semangat kepada mereka bagi memastikan matlamat anak didik saya tercapai dalam pembelajaran mereka. Jangan segan silu untuk belajar dengan saya kerana sayalah tutor yang anda cari.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik ringkasan mengajar dalam sesi pembelajaran supaya anak didik saya mudah untuk memahami apa yang mereka belajar. Saya akan menyediakan formula yang mudah dan ringkas untuk anak didik saya supaya mereka lebih senang untuk mengingati sesuatu perkara.Saya juga akan selitkan permainan yang bersesuaian semasa proses pembelajaran supaya mereka tidak mudah bosan sewaktu sesi pembelajaran berlangsung. Akhir sekali, saya akan menggunakan teknik ‘revise and repeat’ untuk anak didik saya sehingga mereka dapat memahami apa yang mereka belajar.