Saya merupakan seorang tutor yang berusaha gigih dalam melaksanakan pengajaran agar murid-murid saya memperoleh keputusan yang membanggakan. Saya akan memastikan murid-murid sentiasa fokus dan aktif semasa kelas saya berlangsung. Saya memiliki watak yang tegas dalam mendidik anak-anak murid saya supaya mereka tekun semasa belajar. Saya juga suka memberi kata-kata semangat kepada mereka supaya mereka sentiasa bersemangat dalam belajar. Saya akan mengaplikasikan pelbagai kaedah yang menarik untuk mereka minat dalam belajar. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah belajar sambil berhibur iaitu gamifikasi dalam pdp seperti "Kahoot" menarik minat murid-murid agar mereka sentiasa fokus dalam belajar. Dengan itu, mereka akan berusaha gigih untuk menjawab soalan dan mendapat tempat pertama kerana ia dinilai secara individu. Saya juga akan menggunakan aplikasi "padlet" iaitu peta minda secara atas talian untuk mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan. Dengan itu, mereka akan bebrincang dan menyumbang idea masing-masing untuk dikongsi dalam peta minda tersebut.